`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 31, 2017

Raja Petra Mabuk, Cakap Pun Tak Betul – Tun M

(Malaysia Gazette) – Segala kenyataan yang dibuat penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin tidak boleh dipercayai kerana beliau seorang ‘kaki botol’ dan tidak berada di negara ini.
Demikian tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika mengulas dakwaan penulis blog itu membuat rundingan dengan pemimpin Barisan Nasional.
“Saya hairan tanya soalan berkenaan dengan Raja Petra. Dia itu mabuk, dia minum selalu, dia tak bercakap betul, dia tak tahu apa, dia duduk di London.
“Ini kerana dia dapat sogokan daripada orang tertentu, anda tekalah siapa orang itu,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvensyen Ideal  hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Raja Petra di portal berita Malaysia-Today semalam wujud rundingan antara Mahathir dengan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan semula Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke dalam BN.
Ia bertujuan bagi membolehkan Mukhriz bertanding pada PRU-14 sebelum dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika BN memenangi dua pertiga dalam pilihan raya itu dan membentuk Kerajaan Persekutuan.
Mahathir juga berkata, tindakan Raja Petra itu juga yang kerap mengeluarkan kenyataan politik bukan hanya memburukkan beliau sebaliknya ia merugikan pihak yang menajanya.
“Dia sekejap-sekejap mesti keluar kenyataan yang sebenarnya memburukkan bukan saya tapi orang yang bayar duit kepada dia,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.