`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 12, 2017

MAHATHIR ‘KEBUDAK-BUDAKAN’ – JAMAL CABARNYA KELUAR DARI SELANGOR

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos menasihatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak menjadi kebudak-budakan dengan memulangkan pingat kebesaran negeri Selangor selepas ditegur oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Katanya, sebagai perdana menteri selama 22 tahun, Mahathir sepatutnya cukup berpengalaman dan cukup dewasa mengambil teguran tersebut dengan terbuka.
Justeru, beliau mencabar Mahathir “berhijrah” ke negeri lain dan tidak lagi menetap di Selangor.
“Kami ingatkan Tun (Dr) Mahathir adalah seorang yang cukup berpengalaman dan cukup dewasa mengambil teguran tersebut sebagai perkara positif tetapi akhirnya beliau menjadi kebudak-budakan dan mengembalikan pingat-pingat tersebut.
“Jadi kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Mahathir ini… kalau Mahathir sudah tidak suka lagi dengan sultan Selangor, keluarlah daripada Selangor.
“Kita tahu Mahathir pun tinggal di dalam negeri Selangor, rumahnya di Seri Kembangan, jadi eloklah pindah daripada Selangor ini berhijrahlah ke negeri-negeri lain,” katanya pada satu sidang akhbar di Ampang, hari ini.
Jamal dipercayai merujuk kepada rumah Mahathir di Country Height, Kajang yang dibelinya semasa menjadi perdana menteri meskipun mempunyai kediaman rasmi di Seri Perdana.
“Jadi eloklah (Mahathir) pindah daripada Selangor ini, berhijrahlah ke negeri-negeri lain yang beliau sukai.
“Jadi sewajarnya apabila Mahathir tidak lagi sebulu atau tidak lagi dapat menerima sultan Selangor sebagai kepala negeri Selangor,” katanya.
Semalam Malaysiakini melaporkan bekas perdana menteri itu dan isterinya menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada sultan Selangor sebelum ini.
Antara pingat itu adalah yang tertinggi dikurniakan oleh negeri terbabit.
Pingat serta anugerah berkenaan dikembalikan kepada pihak istana pada 7 Disember lalu.
Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.
Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.
Pingat yang dikembalikan Dr Siti Hasmah itu pula ialah anugerah yang diterimanya daripada sultan Selangor pada 1983 dan 1994.
Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.
Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi sebab pingat dan anugerah berkenaan dikembalikan, ia dipercayai ada kaitan dengan teguran dan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap pengerusi BERSATU itu sejak akhir-akhir ini.
Antaranya membabitkan ucapannya itu mengenai Bugis – yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.