`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 12, 2017

ANNUAR MUSA KEMBALI KE MARA HANYA KHABAR ANGIN, KATA AWANG ADEK

DESAS-desus bahawa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Annuar Musa akan kembali memegang jawatan dalam Syarikat Pelaburan Mara Berhad (PMB) adalah tidak benar.
Pengerusi Mara Awang Adek Hussin berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang arahan rasmi berhubung perkara itu.
“Mungkin ia hanya ‘rumors’ (khabar angin)…semuanya hanya desas desus kerana secara rasminya tidak ada,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Mara dan Ikrar Bebar Rasuah (IBR) di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada 31 Januari lepas, Mara menggantung tugas ahli Parlimen Ketereh itu sebagai pengerusi Mara dan PMB bagi membolehkan audit dalaman agensi itu menyiasat isu penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan.
Pada 3 Februari lepas, Annuar memberi maklumat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai pengerusi Mara.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata SPRM telah melengkapkan siasatan kes Annuar berhubung isu penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan beberapa bulan lepas.
“Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan belum ada lagi keputusan.
“Pihak Mara sendiri ada melakukan siasatan dalaman dan tindakan siasatan sudah diambil jadi tunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.
Dalam pada itu, Azam berkata majikan yang mengenakan tindakan tidak wajar seperti buang kerja ke atas pekerjanya boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 iaitu membayar pampasan, mengambil pekerja terbabit bekerja semula atau boleh didakwa di mahkamah.
Terdahulu, kira-kira 600 kakitangan Mara melafazkan IBR dalam usaha menggerakkan kesedaran seluruh pimpinan dan warga Mara tentang pentingnya menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa. Turut hadir, Ketua Pengarah Mara Azhar Abdul Manaf.
– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.