`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 18, 2017

KEDUDUKAN ZAMIHAN MASIH DIPERTIMBANGKAN

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan dengan serius kedudukan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kementerian masih mempertimbangkan kedudukan dia kerana Zamihan bukan originally (asalnya) dari kementerian berkenaan.
“Kita masih mempertimbangkan kedudukan dia kerana proses memberhentikan pegawai kerajaan ini bukan senang, ada banyak prosidur,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), di sini petang tadi.
Zamihan adalah pegawai kader dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di KDN yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.
Ceramah Zamihan yang dimuat naik dalam YouTube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap Sultan Johor.
Susulan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah berkenan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melucutkan tauliah mengajar ke atasnya.
– Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.