`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, June 26, 2017

'Pertama kali beraya dalam banjir'

ALOR GAJAH: Kedatangan Syawal kali ini mengejutkan sepasang warga emas dari Kampung Bukit Tambun, di sini apabila kali pertama kawasan berkenaan dilanda banjir kilat pada musim perayaan.
Ab Karim Talib, 85, dan Jahara Idrus, 72, yang tinggal di kawasan itu sejak lebih 50 tahun lalu, terkejut melihat rumah dinaiki air kira-kira jam 3 pagi tadi sehingga terpaksa meminta bantuan jiran menggunakan sampan untuk ke tempat lebih selamat.
Jahara bersama 15 ahli keluarga lain termasuk dua cicit berada di dalam rumah ketika air mulai naik.
"Kami tiada pilihan selain terpaksa bergerak keluar menaiki sampan orang kampung. Anak cucu lain selamat dan boleh bergerak sendiri.
"Kami terkejut melihat banjir teruk kali ini kerana kali terakhir ia berlaku ialah pada 2006.
"Ketika itu bukan musim perayaan dan air naik setinggi paras dada," katanya ketika ditemui, hari ini.
Pasangan itu adalah antara 124 mangsa membabitkan 14 keluarga terjejas banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Padang Kerbau, Bukit Tambun dan Balairaya Bukit Balai, Durian Tunggal setakat jam 12 tengah hari tadi, selepas beberapa kawasan di daerah itu dilanda banjir kilat.
Antara kawasan terjejas ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Padang Kerbau, Pekan Durian Tunggal, Kampung Padang Keladi, Kampung Pulau, Kampung Parit Melana dan Kampung Belimbing Dalam.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Ab Wahab Ab Latip berkata, banjir dipercayai berpunca daripada air berlebihan di Jasin disebabkan hujan, selain projek pembangunan di Parit Melana dan Belimbing Dalam.
"Saya melihat kelancaran di PPS selain pelbagai agensi berkaitan turun padang memberi bantuan kepada mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi yang turut dihadiri Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong,
Keadaan kawasan perumahan yang dinaiki air selepas hujan lebat awal pagi di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal. - Foto NSTP/Rasul Azli Samad© Provided by Media Prima Keadaan kawasan perumahan yang dinaiki air selepas hujan lebat awal pagi di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal. - Foto NSTP/Rasul Azli Samad
Ab Wahab berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) turut bergotong-royong membersihkan rumah mangsa terjejas.- NST

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.