`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 27, 2017

ISMAIL SABRI TERUJA TUNGGU KELAHIRAN CUCU SULUNG

PUTRAJAYA – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui teruja menanti kehadiran cucu sulungnya tidak lama lagi.
Ismail berkata, kehadiran si kecil itu yang dijangka akan dilahirkan November nanti bakal menjadi penyeri kehidupan mereka sekeluarga.
“Saya akan dapat cucu sulung tidak lama lagi. Tentulah saya rasa teruja,” katanya kepada Sinar Online.
Difahamkan, si kecil yang bakal hadir dalam hidup Ismail sekeluarga itu adalah hasil perkongsian hidup anak sulungnya, Nina Sabrina Ismail Sabri bersama pereka fesyen, Jovian Rayke Mandagie.
Menurut Ismail lagi, anak dan menantunya itu melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2013 di Balairongseri, Istana Negara Lama.
Jelas Ismail lagi, beliau juga yakin mampu mengimbangi tugasnya sebagai pemimpin rakyat dengan keluarga.
“Saya tak ada masalah, kehadiran cucu nanti tidak akan jejaskan kerja saya. Siang saya buat kerja, malam saya balik main dengan cucu,” ujarnya sambil tersenyum.
– SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.