`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, November 29, 2016

ECRL – PELABURAN ATAU HUTANG?

Dalam wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO di televisyen malam semalam, antara perkara yang disebut oleh Najib Razak ialah berkaitan pelaburan dari China.
Sambil merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL, Najib berkata, “kalau kita tak bawa masuk pelaburan, mereka kata kita gagal, bila kita bawa masuk, mereka kata kita gadai.”
“Selama ini tak timbul…apa beza dengan pelaburan dari Jepun, Eropah dan China?” soalnya.
Projek ECRL ialah pembinaan landasan keretapi menghubungkan antara Tumpat di Kelantan sehingga ke Pelabuhan Kelang dengan jarak sejauh 688 kilometer dan menelan kos sebanyak RM55 bilion.
Apakah projek ECRL itu suatu pelaburan atau hutang?
Jika dilihat berdasarkan  fakta yang dibentangkan sebelum ini, projek ECRL itu diserahkan kepada syarikat China untuk melaksanakannya dengan pembiayaan penuh, juga oleh bank dari China yang diberikan kelulusan untuk membuka cawangannya di Malaysia.
Tempoh bayaran baliknya ialah selama 20 tahun.


Bagaimana Najib boleh mengatakan ECRL adalah suatu pelaburan, sedangkan kita kena membayar balik perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat China untuk tempoh selama 20 tahun?
Sejak bila terma pelaburan perlu dibuat bayaran balik?
Bukankah ia sebenarnya suatu bentuk hutang dengan China?
Apakah  tiada syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek ECRL itu?
Sudahlah begitu, diberikan pula lesen bank, pembelian kapal laut, keretapi laju ke Singapura dan pelbagai lagi, semuanya juga kepada syarikat dari China.
Dengan itu, salahkah jika ada yang mengatakan kita bukan saja gagal, malah juga sedang menggadai?
http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/11/najib-keliru-antara-hutang-dan-pelaburan.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.