`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 31, 2015

Putrajaya mahu tanah Selangor kerana ekonomi hampir bankrap, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Putrajaya menginginkan tanah Selangor kerana ekonomi kerajaan pusat hampir bankrap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Putrajaya menginginkan tanah Selangor kerana ekonomi kerajaan pusat hampir bankrap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Tindakan Putrajaya yang menginginkan aset Selangor termasuk tanah, melalui perjanjian penstrukturan semula industri air negeri dengan kerajaan persekutuan, disebabkan faktor ekonomi kerajaan pusat yang hampir bankrap, kata Mohamed Azmin Ali.
Salah satunya puncanya, kata Menteri Besar Selangor itu, disebabkan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau mendakwa, disebabkan terpaksa menanggung hutang 1MDB, Putrajaya tidak ada wang untuk menyelesaikan perjanjian dan mahu aset tanah Selangor dijadikan sumber kewangan mereka.
"Ada kemungkinan faktor ekonomi, kerajaan pusat hampir bankrap dan tiada wang untuk selsesaikan perjanjian.
"Selain itu, kerajaan juga tiada wang disebabkan hutang 1MDB yang mencecah RM45 bilion," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Adun DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim tentang hasrat Putrajaya sebelum ini yang mahu memiliki semua aset termasuk tanah Selangor melalui perjanjian penstrukturan industri air negeri.
Namun dakwaan itu dipersoalkan Adun BN-Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias yang mahu Azmin mengemukakan bukti wujudnya kaitan isu tanah dengan hutang 1MDB yang menyebabkan kerajaan pusat hampir muflis.
Azmin berkata, perkara itu dinyatakan sendiri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara Putrajaya menguruskan hutang 1MDB.
"Dalam taklimat Dr Mahathir ada fakta yang sahih. Bagaimana kerajaan korup boleh dibenarkan ada kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi, boleh berhutang sehingga RM45 bilion? Ini memberi kesan kepada ekonomi negara," katanya.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.