`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, January 30, 2015

Al Kisah Hikayat 1MDB- Ceritera yang Pertama- mother of the mother of the mother of scandals in our history.



Bila 1MDB ditubuhkan dalam tahun 2009, ia mengambil alih peranan dan bisness TIA. TIA ialah Terengganu Investment Authority. Ketika itu, rakyat ( terutama kawang2 saya hok negri ngganu) taruh harapang tinggi keatas kemampuan TIA menjanjikang masa depang ceroh dibawah pengurusan Shahrol Helmi- anak Terengganu lulusan Standford University Amerika. Standford ya- bukanStamford. Takut lah saya kalau2 blogger bangang tidak boleh beza antara Stamford dan Stanford.

Apa sudah jadi pada TIA hanya Allah yang tahu. Asalnya, dana itu hendak melabur lebihan royalty minyak ke Terengganu. Saya harap pindahan duit royalty masih dilakukan secara electronic transfer seperti yang di janjikan oleh Najib Razak. Terenganu dapat kira RM2-2-5 billion royalty minyak setahung!

Jiran utara Terengganu, Kelantan yang penduduk nya 98% Melayu tak merasa wang royalty minyak.

Bila Low taik Jho (jho Low) yang suka champagne,perempuan rambut perang dan yang suka menghiburkan Rosmah mansor nmencadangkan penubuhan TIA dengan menjual bond RM10 billion  atau lebih, yang akan bersandar kepada penerimaan royalty minyak - rakan saya, ahli parlimen PJ Utara- Tony Pua menyebut nya sebagai ibu kepada ibu kepada ibu segala skendel kewangan dalam sejarah Malaysia.  

Banyak nya ibu tidak menjadi masaalah kerana ini dana Islam. Dalam Islam boleh kahwin 4 ma…

Hari ini dengan modal berbayar RM1 billion, 1MDB menanggung hutang pinjaman dan bayaran bond sebanyak RM42 billion. Jumlah ini dijangka akan meningkat lagi.

Masaalah terbesar ialah akauntabiliti. Tidak ada akauntabiliti yang paling berkesan selain dari pendedahan terbuka dan telus kepada rakyat. Sebaliknya banyak transaksi 1MDB di selubungi oleh kabus yang tebal dan kenyataan yang berkecamuk.

Masaalah  kepada saya, yang ada sedikit sebanyak pengetahuan economics- dana kekayaan atau wealth funds- sama ada digelar SWF atau SDC strategic development company ialah mengurus kekayaan atau sumber pengkayaan bukan mengurus hutang dan sumber keberhutangan.

Setakat ini, inilah kerja 1MDB mengurus keberhutangan syarikat stratejik ini. Yang tambah menakutkan saya ialah CEO baru nya Mr Arul kanda seorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi  ( ada LLB dan LLM ) dia kata- 1MDB ialah sebuah syarikat pembangunan/development company atau dalam proses membangun. 
Bila dia sebut seperti ini, perkara yang tidak disebut atau ertinya nya yang sebenar, ialah jangan lah mengharapkan keuntungan. Kita tak gerenti keuntungan. Sebab projek2  memajukan atau development mempunyai perkiraan social mereka. Berlawanan dengan pengakuan orang2 dari 1MDB- mempunyai perkiraan social atau perkiraan kemasyarakatan yang dalam nya termasuk perkiraan politik ,  1MDB bukanlah firma yang market driven. It will be politically driven.

Maka yang demikian, kita kemungkinan besar akan menyaksikan unfolding the mother of the mother of the mother of all scandals.

Allah selamatkan kita. God help us all.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.