`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 30, 2015

7 sebab passport Anwar patut ditahan


Memetik dari blog Zulkifli Nordin:

... saya dengan ini mendesak supaya beberapa tindakan seperti berikut diambil dengan serta merta:

1. Peguam Negara hendaklah memfailkan permohonan serta merta di Mahkamah Persekutuan untuk suatu perintah supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya;

2. Peguam Negara juga wajib memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan;

3. Sebagai alternatif, Peguam Negara wajib memohon Mahkamah mengenakan perintah tahanan reman keatas Anwar Ibrahim berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh keputusan diumumkan;

4. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah larangan keluar negara dan menyenarai-hitamkan Anwar atas alasan beliau adalah seorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah liwat menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dibaca dengan Kanun Acara Jenayah dan Akta Imigresen;

5. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah serta merta menghalang Anwar Ibrahim keluar daripada negara ini dan semua check-point hendaklah dimaklumkan mengenainya dan menguatkuasakannya dengan serta merta;





6. Sementara itu pihak Polis hendaklah meletakkan Anwar dibawah pemerhatian dan pemantauan 24-7 dengan serta merta untuk memastikan sekatan atau halangan dapat dikuatkuasakan jika ada sebarang usaha untuk melarikan diri keluar daripada bidangkuasa Mahkamah dan Polis Malaysia.


Saya membuat kenyataan ini berdasarkan perkembangan terbaru membabitkan dua kes Mahkamah iaitu kes Alvin Tan dan Kpl Sirul Azhar Umar.

Alvin yang sedang menghadapi pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Islam, dan Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya.

Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada bidangkuasa Mahkamah Malaysia dengan berada di luar negara. Alvin di Amerika Syarikat, Sirul di Australia. ....

Sepenuh di SINI.

Tambahan 7: Sudah ada sejarah di mana Anwar cuba mendapatkan perlindungan politik dari perbuatan jenayah ini dari Kedutaan Turkey semasa Saiful membuat laporan polis terhadapnya dulu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.