`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 1, 2014

"Tuan, Apa macam mau report, mereka itu saudara kami"

Pendatang haram 'tempatan' bantu saudara-mara 'warga asing' di Sabah 
KOTA KINABALU: Ia seperti musuh dalam selimut. Walaupun umumnya telah mengetahui bahawa kaum Suluk merupakan peribumi yang terawal datang dan tinggal di Sabah atau Filipina Badjaos dengan dokumen-dokumen Malaysia yang meragukan, kini ia sudah teruji bahawa mereka bebas membantu "saudara-mara warga  Filipina" mereka untuk memasuki  secara haram dan meninggalkan negeri ini.

Pendatang ini, dengan angka ratusan atau ribuan kebanyakannya di pantai timur Sabah, secara terbuka memberitahu pihak berkuasa Malaysia mereka tidak akan melaporkan mengenai kehadiran saudara-mara mereka di Sabah.

Satu maklumat telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohamad Mentek ketika berucap dalam satu taklimat serta sesi dialog dengan kira-kira 80 pemimpin kaum Kadazandusun di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Tugasan ini (mengekalkan dan menjaga kedaulatan dan keselamatan Sabah) bukan satu tugas yang mudah," katanya.

Mohamad berkata walaupun penduduk tempatan telah memberitahu Esscom bahawa mereka tidak boleh melaporkan kepada pihak berkuasa Malaysia memandangkan invidivu-individu ini adalah saudara-mara mereka yang berada di pulau kecil selatan Filipina.

"Tuan, Apa macam mau report (laporan), mereka itu saudara kami". Begitulah jawapan ringkas secara seloroh kebanyakan rakyat "Sabah" yang tinggal di pantai timur apabila diberitahu supaya melaporkan kehadiran pendatang haram di kawasan mereka.

Ini disahkan serta menimbulkan syak wasangka bahawa penculikan baru-baru ini di kawasan pantai timur telah dijalankan sama ada penjenayah mempunyai "dwi kewarganegaraan" atau warga asing yang menerima maklumat risikan "setempat"  daripada saudara-mara mereka.

Mohamad mengetahui perkara itu memandangkan beliau sendiri berasal dari daerah Semporna yang cukup terkenal dengan kebanjiran pendatang tanpa izin sejak tahun 1970-an.

Terdapat kritikan bahawa kecerdikan pihak berkuasa Malaysia 'telah berjaya ditundukkan rangkaian "setempat" daripada selatan kumpulan pengganas Filipina yang memperkenalkan frasa trend terbaru di sin iaitu "penculikan untuk mendapatkan tebusan".

Dan ini telah membuatkan Esscom dan agensi-agensi keselamatan Malaysia yang lain seperti polis , tentera dan penguatkuasaan maritim pening kepala untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka tiba-tiba mendapati bahawa masyarakat tempatan tidak boleh diharapkan sebagai pemberi maklumat atau perisikan.

Malaysia sebenarnya mengaut benih yang ditaburkan - membenarkan kebanyakannya pendatang tanpa izin beragama Islam tidak berpendidikan dari kawasan selatan Filipina dan Indonesia untuk menetap di Sabah dan merekrut mereka ke dalam parti-parti politik tertentu.

Kebodohan yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa kini telah kembali menghantui mereka. Dan perkara yang hanya boleh menimbulkan kekusutan sebagai pihak berkuasa ini menghadapi kesulitan antara menguatkuasakan undang-undang di kawasan yang mempunyai komuniti tidak mahu memberikan sebarang kerjasama dan menerima tekanan daripada pihak atasan yang menjadi punca bermulanya semua masalah-masalah ini tetapi kini mahu langkah penyelesaian yang boleh diterima.

Maklumat yang Mohamad kongsikan itu adalah penting. "Penduduk tempatan" hanya membuatkan agensi dibawah Esscom menghadapi kesukaran  untuk memastikan keselamatan di pantai timur susulan berlaku "penceroboh" yang sebenarnya sudah bertapak di Sabah.

Keselamatan kami telah dilanggar dan tiada apa yang boleh menjadi lebih teruk selain memburu dan menangkap musuh penceroboh.

Dengan harapan bahawa suatu hari nanti individu-individu ini akan secara semula jadi bersepadu ke dalam masyarakat tempatan Sabah yang cintakan keamanan.

Ia menjadi lebih membimbangkan apabila kumpulan-kumpulan pengganas atau penceroboh di Mindanao mempunyai visi untuk menuntut semula kawasan bahagian timur Sabah yang didakwa milik negara Sulu.

Hakikat bahawa impian kumpulan warga asing  turut dikongsi bersama oleh kaum Suluk setempat dan Badjaos di pantai timur Sabah sekali gus  terbukti berhubung satu penemuan bendera, lambang dan surat mempunyai hubung kait baru-baru ini

Seorang ahli politik kanan yang bercakap kepada theantdaily dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata bahawa beberapa pendatang tanpa izin setempat telah memetik nama ahli politik Umno tertentu di Pantai Timur apabila mereka menghadapi masalah.

Ini sudah tentu akan memberikan kesukaran serta lebih memeningkan kepala agensi-agensi keselamatan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.