`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 31, 2014

TERKINI DARI TELUK INTAN - SPR KATA KETEGANGAN TAK SERIUS



11.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata ketegangan yang berlaku di Kampung Bahagia adalah "tidak serius" kerana ia tidak membabit "fizikal".

Bercakap kepada pemberita, beliau berpendapat ia disebabkan jalan yang kecil menujukk sekolah berkenaan," katanya.

Abdul Aziz juga mengatakan bahawa seramai 13,754 pengundi telah mengundi sehingga jam 10 pagi dan 23 peratus sudah keluar mengundi setakat ini.

Katanya, kadar pengundian ialah 10 peratus setiap satu jam.

11.10 pagi: Kampung Kerentina - Seorang pekerja kempen BN menghalang wartawanMalaysiakini daripada mengambil buku kecil dan risalah percuma dari kaunter parti itu di luar tempat mengundi itu.

"Anda dari Malaysiakini, anda putar (cerita) sepanjang masa dan anda tidak boleh ambil ini," katanya.

Apabila wartawan menyebut yang ianya diedar percuma, lelaki itu menjawab: "Ya ia percuma tetapi kamu tak boleh ambil."

Risalah itu memaparkan gambar Dyana dan Lim Kit Siang, dan menuduh mereka sebagai pengkhianat manakala muka depan buku kecil itu menunjukkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi tidak diketahui kandungannya.

Sementara itu, Menteri besar Perak tiba dan berjabat tangan dengan pekerja kempen.

Pada masa yang sama, penyokong PAS membawa poster Dyana dan menggesa orang ramai mengundinya. Seorang wanita berpakaian seragam Puteri Umno menjawab: "Kak, dia tak sokong hudud".

11.12 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratusan pengundian pada jam 10 pagi ialah 22.95 peratus.


10.30 pagi: Kampung Bahagia - penyokong BN dan DAP masih bertekak antara satu sama lain serta menggunakan perkataan kesat.

Di pihak DAP agak tenang dengan hanya dua atau tiga orang sahaja yang bertindak balas jeritan Pemuda BN di bawah pancaran panas matahari.

Anggota polis memerhati dan memantau keadaan tersebut.



10.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Salah satu daripada bas yang diatur oleh DAP tiba dari Kuala Lumpur dengan kira-kira 10 pengundi.

Kad yang bertulis 'Jom Balik Undi, Vote Wisely, Vote for the future of our country diletakkan di bahagian dalam bas itu.

Tiada seorang pun daripada mereka yang mahu ditemubual pihak akhbar di luar kawasan sekolah.

10.00 pagi: SMK Sultan Azlan Shah - Dua wartawan portal bertekak dengan seorang pegawai SPR, yang meminta pihak akhbar supaya keluar dari kawasan sekolah.

Pegawai wanita itu, yang namanya tidak dikenali, mendakwa sekumpulan enam petugas media telah "mengganggu" pengundi.

Wartawan, yang berdiri di hadapan koridor, menjelaskan bahawa mereka hanya menunggu lawatan Dyana.

Berikutan itu, seorang anggota polis datang bercakap dengan pegawai SPR berkenaan, dan pihak media akhirnya dibenarkan menunggu di situ.

Sebelum itu, beberapa jurugambar mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan sekolah.

10.00 pagi: SK Kampung Bahagia - Penyokong BN dan DAP dipisahkan hanya lima meter dari satu sama lain oleh dua buah kenderaan pacuan empat ronda.

Penyokong BN berang apabila penyokong DAP menggantung kangkung dengan wang kertas RM1 di hujung galah.

"Hoi! Kangkung tu turunkan! DAP celaka!" jerit sebahagian penyokong BN ke arah penyokong DAP.

10.00 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratus pengundian pada jam 9 pagi ialah 11.81 peratus atau 7,080 orang.

Maklumat itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan di Teluk Intan.

9.50 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong melawat pusat mengundi di SJKC Phooi Yong dan memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika beliau kalah.

Mah juga mengatakan beliau tidak tidur kerana peringkat akhir kempen sangat "meletihkan".

Sementara itu, Dyana ketika melawat ke sini sebelum ini, memberitahu pemberita bahawa beliau "kagum" dengan kehadiran di ceramah kemuncak DAP malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.