`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 1, 2014

LELAKI MISTERI SELAMATKAN PELAJAR DARIPADA MENJADI MANGSA CULIK !



Kemunculan dua lelaki misteri tepat pada masanya telah menyelamatkan seorang pelajar tahun dua daripada menjadi mangsa culik di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemumin, Pengkalan Chepa di sini pada Isnin lalu.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, semasa kejadian pada pukul 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Nur, 8, sedang menunggu ibu bapanya di depan SK Kemumin dan ketika itu hanya mangsa seorang diri berada di situ.

“Tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki tidak dikenali dengan salah seorang terus memeluk dan cuba membawa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta.

“Mangsa meronta-ronta dan cuba melepaskan diri menyebabkan salah seorang suspek mengambil kayu dari dalam kereta dan cuba memukul mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan, ketika itu, sekolah itu tiada pengawal keselamatan atau pelajar lain.

Menurut beliau, semasa pergelutan itu, dua lelaki menaiki motosikal kebetulan melalui kawasan terbabit tiba-tiba tampil membantu mangsa.

“Kedua-dua suspek yang pada mulanya dipercayai cuba menculik mangsa beralih cuba melawan dua lelaki yang cuba menyelamatkan kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun, hanya beberapa minit bergelut, dua suspek itu kemudian melarikan diri,” kata beliau.

Selepas itu, Jalaluddin memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh dua lelaki yang menunggang motosikal ke rumahnya di Kampung Pulau Belachan Pachor di sini.

Jarak sekolah dengan rumah mangsa kira-kira dua kilometer.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.